Video| Mat salih pun sokong Menu Rahmah! Mahu PM UK ikuti Malaysia! Perkenal Menu Rahmah di UK juga!

Published by
KitaReporters


Program Menu Rahmah yang diperkenal kerajaan menawarkan harga makanan rendah bagi membantu golongan B40 terus meraih tumpuan sehingga Tiktoker mat salih ini luah rasa kagum dengan inisiatif tersebut serta mahu negara asalnya mengikut langkah sama disebabkan harga makanan di United Kingdom (UK) terlalu tinggi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @veggiesontour, beliau merasai pengalaman sendiri menikmati Menu Rahmah di sebuah restoran serta kagum melihat set lengkap bersama sayur dengan harga RM5 yang tidak akan didapati di UK.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Menu Rahmah


"Ketika ini dunia sedang bergelut dengan inflasi, negara United Kingdom mengalami kesukaran untuk memberi makan kepada rakyat yang tidak berkemampuan disebabkan kos yang tinggi.

“Menu Rahmah dengan harga RM5 seperti yang saya rasa ini, sangat sedap, dengan kuantiti yang banyak. Ini sangat hebat. PM UK, Rishi Sunak perlu mencontohi insiatif yang dibawa oleh kerajaan Malaysia,” jelasnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pengguna media sosial turut bersetuju dengan pemuda itu inisiatif Menu Rahmah memberi manfaat serta mengucapkan terima kasih atas promosi untuk negara Malaysia.



“Terbaik, saya rindukan makanan yang harga berpatutan tetapi tetap sedap. Nampak sedap dan saya akan mencubanya,” ujar @p_freda.

“Terima kasih promosi Malaysia di mata dunia,” ucap @Nobitha.

“Harap PM Rishi Sunak mempertimbangkan untuk laksana inisatif ini,” tulis @AmirRahim. - KitaReporters


8
12
0
12
0

Copy Link: