Gambar hiasan... Mangga Harumanis diterbangkan secara rasmi ke Sabah pada 30 April 2021. - Kredit foto: crispolife.com


BUAH yang menjadi ikon negeri Perlis iaitu mangga Harumanis kini boleh didapati di Sabah menerusi jalinan kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan Airasia Farm.

Penerbangan pertama bagi penghantaran buah berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) melalui penerbangan AirAsia AK5104 pada jam 10.25 pagi, 30 April 2021.

Penghantaran Harumanis ke negeri Bawah Bayu itu sebahagian daripada kempen 'Harumanis Kembali Lagi' dilancarkan oleh MAFI, pada 11 April 2021 di Beseri, Perlis bagi mempromosi buah ikonik itu.

Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kerjasama dengan Airasia Farm itu dapat membawa Harumanis ke Sabah secara rasmi dalam skala besar, sekali gus memperluaskan lagi pengedaran buah berkenaan.

"Industri Harumanis bukan sahaja mampu tingkatkan pendapatan kepada 2,415 pengusaha di Perlis, malah punyai impak besar terhadap ekonomi serta industri agro-pelancongan dan rantaian bekalan di seluruh negara.

"Jabatan Pertanian menyasarkan hasil pengeluaran sebanyak 3,336 tan mangga Harumanis bernilai RM66.7 juta di Perlis.

“Daripada jumlah itu, dianggarkan sekitar 50 peratus akan dijual secara dalam talian melalui platform e-dagang seperti Airasia Food, Airasia Fresh dan Agrobazaar Online,” katanya dipetik oleh Berita Harian, 30 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0

Copy Link: