Video| Nasib baik tak jadi Cicak-Man! Beli paprik daging dapat freegift cicak! Mujur tak sempat makan!

Published by
KitaReporters

Terjumpa benda asing dalam makanan bukanlah perkara baharu di negara kita. 

Namun setiap kali ia berlaku, tetap juga buat ramai rasa geli, marah dan hilang selera lebih-lebih lagi apabila kisah itu dikongsi dalam media sosial. 



Dari sekadar pengalaman peribadi, ia cepat bertukar jadi topik bualan ramai, dengan pelbagai reaksi yang kadang-kadang sukar dijangka. 

Satu perkongsian oleh pengguna Threads, @hey_mezelf, mencuri perhatian penulis apabila dia mendakwa menemui sesuatu yang tidak diundang dalam hidangan paprik daging yang dibelinya. 

Apa yang sepatutnya menjadi hidangan makan malam yang menyelerakan, bertukar menjadi detik sukar dilupakan apabila dia mendapati terdapat seekor cicak dalam makanan tersebut.

Menurut naratif yang dikongsikan, kejadian itu hanya disedari sebelum sempat makanan tersebut dikunyah. 

Dalam nada berseloroh, dia menyatakan, “Nasib tak kunyah lagi, kalau tak jadi cicakman lah aku,” ayat yang mengundang reaksi bercampur antara geli dan kelakar dalam kalangan netizen.



Lebih mencetuskan perhatian, video tersebut turut memperlihat reaksi spontan pemilik akaun yang mengakui rasa loya sehingga muntah selepas merakam kejadian itu. 

“Ye awak, saya muntah lepas record video ni,” katanya dalam ruangan komen, menjawab persoalan netizen.



Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak dapat menyembunyikan rasa geli. 

“Geli tekak kita,” komennya setelah menonton video tersebut. 

Malah ada juga yang bertanya tindakan lanjut yang diambil oleh pembeli tersebut, “Jadi, minta refund ke? Ada inform kat tuan kedai tak?” soal netizen tersebut.



Tidak kurang juga yang mengakui mereka terus hilang selera hanya dengan membaca kisah itu. 

“Saya baca je, tengok tak mahu. Fobia teruk kat cicak,” reaksi yang cukup relatable bagi mereka yang memang geli atau takut dengan haiwan tersebut.



Wahai peniaga, utamakan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan, terutama di premis makanan kecil atau gerai. 

Walaupun tidak semua peniaga cuai, namun satu kejadian seperti ini cukup untuk menjejaskan kepercayaan pelanggan dan reputasi perniagaan. - KitaReporters



 

13
16
0
8
0

Copy Link: