Video| Nak marah atau ketawa? Kuih lopes sambal kicap? Tak pernah buat dek orang! Mana air gulanya?

Published by
KitaReporters

Kuih lopes, salah satu kuih tradisional kegemaran ramai di Malaysia, terkenal dengan inti gula merah atau gula Melaka yang pekat dan manis. 

Dengan lapisan luar yang lembut dan sedikit kenyal, kuih ini biasanya menjadi teman minum petang yang sempurna, menambah nostalgia bagi mereka yang membesar dengan kuih-muih tradisional.



Namun, kisah lucu kuih ini tular dalam media sosial selepas seorang pengguna Threads, @diaryofninini, berkongsi pengalaman mengejutkannya ketika membeli kuih tersebut. Menurutnya, ini adalah kali pertama dia membeli kuih lopes sambal kicap.

“28 tahun aku hidup, kali pertama beli kuih lopes dapat sambal kicap. Aku dah tuang habis kemudian pelik kenapa ada macam serdak dalam plastik tu, nohhhh ‘sambai kicap’ dia bagi, mana pergi gula merah aku. 

"Selalu baca kisah karipap oksigen, kuih ketayap kosonglah kuih kedekut intilah, ni salah sos terus,” tulisnya dengan nada kecewa.

Perkongsian tersebut segera mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen lain. Ada yang berseloroh mengenai kepedasan sambal itu, ada yang merasakan rupa sambal yang gelap boleh mengelirukan.



“Hahahahahahah serius lah pedas?

Manakala seorang lagi menambah, “Nohhhh, lopes pedas sebab warna sama kot. Sama-sama hitam.”

Dalam thread yang sama, @diaryofninini mengakui rasa kecewanya sehingga enggan membeli kuih lopes lagi.

“Itulah tu! Tak nak beli lopes dah, den merajuk,” tulisnya, sambil berkongsi bahawa hari itu memang sudah seharian dia moody di tempat kerja.

“Saya tak makan pun, dahlah seharian moody kat tempat kerja, air beli pahit, kuih pulak macam ni. Bukan hari sayalah,” tulisnya.

Netizen lain cuba menenangkannya dengan mengatakan mungkin berlaku kesilapan pembungkusan dan kejadian itu bukanlah rezekinya hari itu. 

“Salah bungkus kot tu. Tapi kalau dia meniaga kuih saja, macam pelik juga. Husnuzonlah. Bukan rezeki awak,” pujuk salah seorang netizen.


 


Selain itu perkongsian tersebut juga menimbulkan perbincangan tentang kemasan kuih tradisional. Ada kemungkinan kuih lopes yang dibeli tertukar dengan kuih bergedel kerana warna sambal yang serupa.

@diaryofninini sendiri menjelaskan bahawa dia mungkin tersilap mengambil kuih, “Haah semua kuih je dia jual awak. Mungkin tertukar dengan bergedel, rasa macam nampak bergedel tadi, tak pasti betul atau tak,” jelasnya.

Bagi mereka yang ingin mencuba kuih lopes, mungkin lebih berhati-hati dalam memilih kedai atau bertanya terlebih dahulu jenis sambal dan inti yang disediakan. 

Namun bagi penggemar makanan tradisional, pengalaman seperti ini tetap dianggap sebagai sebahagian daripada keunikan budaya kulinari Malaysia. - KitaReporters



13
12
0
15
0

Copy Link: