Ayam percik yang dibeli oleh pelanggan didakwa mengandungi ulat


HASRAT seorang lelaki ingin bersahur dengan seekor ayam percik bersama ahli keluarganya yang dibeli di bazar Ramadan Bandar Jertih, tidak kesampaian apabila ayam yang dibelinya didapati berulat.

Kejadian berlaku ketika lelaki terbabit membuka bungkusan ayam yang dibeli untuk disimpan ketika sahur tiba-tiba ternampak berpuluh-puluh ulat keluar dari ayam berkenaan.

Mangsa, dikenali sebagai Adi Asmadi Mohamad, 45, dari Kampung Pasir Akar, Hulu Besut, bersama isterinya mendakwa dia membeli ayam tersebut pada Sabtu, 16 April 2022, sebaik pulang ke rumah dia meletakkan ayam tersebut di satu tempat khas untuk makan ketika bangun bersahur.


Lagi



Bagaimanapun, belum sempat untuk menjamahnya dia terkejut apabila isterinya melihat berpuluh-puluh ulat keluar dari ayam tersebut.

“Ooo penat ore jual lauk bazar Ramadan Jertih, ayam bakar beli petang tadi, ingat nak wat makan sahur , apabila tengok sakni, ulat bergerak-gerak dalam ayam,” katanya yang membuat posting dalam Facebook Anak-Anak Jertih, Besut (AAJB).

Tambahnya, "ayam bau busuk kohong. Demo piker ko untung jah, benda busuk pun jual."


Tular dalam media sosial pembeli membeli ayam percit mengandungi ulat


Beliau mengesyaki ayam yang dijual kepadanya adalah ayam lama yang tidak habis dijual sebelum ini dan dimasak semula untuk tujuan jualan.

Adi berkata, selepas perkara tersebut tular pihak penjual ada menghubunginya menerusi WhatsApp pada 17 April 2022 meminta maaf di atas kejadian dan akan membayar balik harga ayam.

Saya tak nak duit. Cuma terkilan sedikit dengan apa yang berlaku,” katanya.


Ketulan ayam percik yang didakwa mengandungi ulat


Susulan tular isu tersebut ramai netezien melontarkan pelbagai peringatan kepada peniaga bazar Ramadan di negeri itu supaya mengambil cakna dan sentiasa menjaga kebersihan jualan sama ada makanan,kuih atau lauk pauk.

Menurut mereka sikap peniaga yang ingin cepat untung dengan menjual makanan basi, lama dan habis tempoh bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kerap berulang.


Dr Kasemani Embong


Sementara itu, Jabatan Kesihatan Ngeri Terengganu (JKNT) sebelum ini sudah kerap melancarkan “Op Cakna Ramadan”  bertujuan untuk melihat dan memantau keselamatan makanan yang dijual peniaga di bazar Ramadan seluruh negeri Terengganu.

Pengarah JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong sentiasa mengingatkan para penyedia dan penjaja makanan  agar memastikan kualiti makanan yang dijual selamat untuk dimakan.

Katanya, pembeli pula disarankan agar mengamalkan tingkah laku Lihat, Hidu dan Rasa bagi memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan.

Beliau berkataa, pengunjung yang hadir ke bazar Ramadhan boleh memberikan maklum balas berkenaan bazar, keselamatan dan kebersihan makanan yang dijual kepada Pejabat Kesihatan dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada bunting bazar yang dipamer di bazar Ramadan tersebut. - KitaReporters


 

17
9
2
22
6

Copy Link: