KEK adalah antara resepi paling popular dalam kalangan masyarakat kita, terutama kaum wanita. Ia merupakan sejenis makanan yang menjadi kegilaan mereka pada setiap masa sebagai manisan atau pencuci mulut. Lazimnya, sesuatu pencuci mulut itu akan menggunakan kombinasi antara rupa dan rasa yang mampu menarik minat penggemarnya, sekali gus dapat memuaskan nafsu makan seseorang. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan cicak:

https://kitareporters.com/search?search=cicak


Oleh sebab itu, dalam ilmu food and bavarage, sesebuah kek yang dianggap perfect adalah yang mempunyai rasa dan hiasan yang menarik dan mempersona. Maka tidak hairanlah kebanyakan biskut, kuih muih dan kek akan dihiasi dengan berwarna-warni dan dihiasi topping yang menarik.

Namun perkara berbeza telah berlaku di sebuah kedai roti di Ipoh, Perak apabila mereka mengubah tradisi ini dengan memperkenalkan kek dengan hiasan serangga yang agak menjengkelkan mata memandang.



Kebanyakan netizen yang melihat rupa paras kek ini akan berasa loya dan takut untuk menikmati kek yang direka khas oleh The Slice Ipoh Homebaker.

Buat pertama kalinya mereka telah menghiasi beberapa jenis kek dengan hiasan topping berbentuk cicak dan lipas.

Apabila melihat kek yang dihasilkan kedai ini, pasti kita akan berbelah bahagi sama ada untuk makan atau sembur ubat pembunuh serangga di atasnya.

Kedai roti tersebut telah menarik perhatian ramai dalam laman media sosial Facebook sejak mereka kongsikan gambar kek yang dihiasi dengan model cicak dan lipas yang sangat realistik, menarik dan penuh seni itu.



Dibentuk menggunakan fondant, model-model cicak dan lipas di atas kek itu memperlihatkan perincian yang halus dan mengkagumkan dengan bentuk dan warna yang hampir kelihatan nyata, termasuk tekstur kulit, dan mata yang kelihatan hidup.

Sekali pandang, pasti kita akan menganggap bahawa kek-kek berkenaan telah dihinggapi serangga berkenaan, sekali gus menjadi bukti betapa halusnya hasil seni yang dihasilkan oleh pembuatnya.

Namun, bagi mengelak daripada fitnah dan salah tanggapan, perkongsian gambar itu juga telah disertakan dengan penafian bahawa hiasan serangga di atas kek tersebut bukan serangga sebenar dan boleh dimakan.

Persoalannya, adakah kek-kek tersebut telah berjaya dijual atau ia sekadar hasil seni untuk tontonan dan marketing kedai kek berkenaan? - KitaReporters


0
1
0
2
0

Copy Link: