Video | Saya sangat suka Kuala Lumpur! Pengakuan Dua Lipa! Destinasi kegemaran pernah beliau lawati!

Published by
KitaReporters


PENDEDAHAN penyanyi terkenal antarabangsa, Dua Lipa yang memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi kegemaran beliau ketika menjelajah dunia telah mencetus perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh laman media sosial bernama @malaysianspeaks, pengakuan itu dibuat oleh Dua Lipa menjawab satu persoalan yang dikemukakan oleh peminat mengenai destinasi kegemaran yang beliau pernah lawati.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan destinasi pelancongan


“Saya sudah mengunjungi pelbagai tempat, tetapi Kuala Lumpur adalah kegemaran saya. Saya suka kuil di sana, ia menakjubkan,” kongsinya menerusi siaran live dalam TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai berasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penyanyi terkenal itu serta mengalu-alukan kehadiran beliau semula ke ibu negara pada masa akan datang.



“Jemput datang lagi, terima kasih kerana mempromosikan negara tercinta saya,” kata @InsanBiasaJer.

“Elok dah orang luar suka negara kita, jangan ada yang mainkan isu politik, kita harus bangga bukan kutuk,” ujar @Lalalala05.

“Ayuh mari ke Kuala Lumpur lakukan jelajah di sini,” tulis @FizzXuan. - KitaReporters


14
16
0
17
0

Copy Link: