Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) melalui anak syarikatnya, Kopetro Travel meraikan pemenang kempen Jom Cuti Sakan di Ketumbar by Rathnor, Megan Avenue II, Kuala Lumpur pada hari ini (3 Ogos 2023). 

Sejumlah 29 orang pembeli bertuah terpilih sebagai pemenang kempen yang telah berlangsung dari 1 Mac sehingga 30 Jun 2023 yang lalu. 

Para pemenang telah dijemput hadir ke majlis ini untuk mencabut sendiri pelbagai hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000. 

Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan Kopetro Travel. 

Kempen ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sepanjang tempoh kempen dengan hampir 300 pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam, pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sunway Lagoon dan juga pakej-pakej lokasi ikonik yang lain.



Pengerusi Kopetro, Roslan Abdul Rahim berkata, majlis penyampaian hadiah ini diadakan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah memberi sokongan kepada koperasi tersebut dengan mendapatkan pakej pelancongan dan pelbagai servis melalui Kopetro Travel.

“Kopetro sentiasa mencari inisiatif untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan. 

"Melalui kempen Jom Cuti Sakan dan majlis penyampaian hadiah ini, kami komited untuk memberikan pengalaman percutian terbaik kepada pelanggan kami dan pada masa sama, menghargai segala sokongan yang diberikan oleh mereka,” ujar Roslan.

Tambah Roslan, yang juga merupakan Pengerusi Federasi Koperasi Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad (Fedcoop), Kopetro Travel, yang merupakan salah satu syarikat di bawah Fedcoop, sentiasa menjaga hubungan baik antara koperasi dan bekerjasama untuk meluaskan lagi perniagaan dalam industri pelancongan dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik dan berbaloi untuk dilanggan.

Pada majlis tersebut, Roslan turut mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh mendapatkan pakej pelancongan daripada Kopetro Travel dan juga barangan keluaran Kopetro yang lain secara dalam talian dalam Petronas Shop melalui link https://bit.ly/43Ouglf.

“Melalui kerjasama bersama Petronas Shop, produk Kopetro kini boleh didapati di laman sesawang Petronas Shop. 

"Kami yakin produk Kopetro yang ditawarkan di Petronas Shop ini akan memberi akses mudah kepada Anggota Kopetro dan orang ramai untuk mendapatkan pakej pelancongan Kopetro secara dalam talian, tanpa perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter,” tambah Roslan.


Roslan Abdul Rahim


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, berkata, kempen Jom Cuti Sakan yang telah memasuki edisi keduanya ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan telah menjana pendapatan yang baik untuk syarikat.

“Jom Cuti Sakan adalah satu jenama di bawah Kopetro Travel yang menawarkan pelbagai promosi percutian hebat untuk pelanggan. 

"Melalui kempen terbaharu ini, Kopetro Travel telah berjaya menjana jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tempoh kempen,” kata Ahmad Shakir ketika ditemui pada majlis tersebut.

Tambah Ahmad Shakir, Kopetro Travel juga akan turut serta pada pameran pelancongan MATTA Fair Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 1-3 September 2023 nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). 

Beliau menyeru orang ramai mereka yang inginkan pakej percutian dengan tawaran hebat untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan ‘harga runtuh’ pada acara itu nanti.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh Kopetro Travel boleh menghubungi talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847, serta melayari laman web Kopetro Travel di www.Kopetrotravel.com.my

Selain itu, orang ramai juga boleh mengikuti akaun media sosial @Kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok untuk informasi dan promosi terbaharu. 



Kopetro Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. 

Kopetro Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya Agensi Malaysia Terbaik Keseluruhan dari Malaysia Airlines dan Rakan Perdagangan Paling Bernilai oleh Qatar Airways pada tahun 2023. 

Sebelum ini, Kopetro Travel juga diberi penghargaan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah ‘Annual Million Dollar Award’ dari Malaysia Airlines.

Kopetro Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’. 

Penyertaan ini sekali gus membolehkan para pelanggan Kopetro Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. 

Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
18
0
14
0

Copy Link: