Panorama menarik di Dataran Payang, Kuala Terengganu


SELEPAS dua tahun penduduk Negeri Terengganu tidak menikmat keseronokan mengadakan program berbuka puasa berlatarbelakangkan Jambatan Angkat di Pesisir Payang, Kuala Terengganu akibat pandemik COVID-19, kini tempat itu kembali menjadi pilihan masyarakat Islam negeri ini untuk mengadakan iftar Ramadan

Pemandangan menarik waktu menjelang senja di lokasi berkenaan menyebabkan orang ramai memilih tempat tersebut untuk mengadakan majlis berbuka puasa sama ada secara berkumpulan atau bersama keluarga.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jambatan Angkat atau Drawbridge Kuala Terengganu


Masyarakat Islam berbuka puasa di Dataran Payang, Kuala Terengganu yang berlatarbelakangkan Jambatan Angkat Terengganu. - Kredit Gambar: UPDI


Keadaan bertambah sesak pada setiap hujung minggu di negeri ini iaitu pada Jumaat dan Sabtu apabila ramai penduduk setempat mengambil peluang untuk memenuhi dataran berkenaan.

Kawasan itu menjadi pilihan orang ramai kerana kawasan lapang yang luas selain dapat melihat panorama menarik ketika menjelang senja dengan kilauan cahaya berwarna-warna Jambatan Angkat. 


Warga Terengganu mengambil peluang berbuka puasa di Dataran Payang, Kuala Terengganu selepas dua tahun tempat itu ditutup kepada aktiviti berkumpulan


Keputusan Kerajaan Negeri Terengganu membenarkan aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang termasuk di padang sekitar Jambatan Angkat atau Drawbridge pada bulan Ramadan tahun 2022 ini menjadi peluang terbaik kepada orang ramai untuk berkunjung ke lokasi tersebut. 

Kebetulan Bandaraya Kuala Terengganu yang diisytiharkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia, maka tidak hairanlah tempat itu dijadikan aktiviti yang boleh memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat selaras dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN)  2021-2025.


Dr Alias Razak


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, pembukaan kawasan lapang untuk berbuka puasa pada tahun ini adalah selari dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan KKM juga akan membuat pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP,” katanya.

Dr Alias turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan tidak membiarkan sampah dan sisa makanan berlonggokan selepas selesai berbuka puasa di kawasan lapang.


Orang ramai menunggu waktu untuk berbuka puasa


Beliau berkata, penguat kuasa akan melakukan pemantauan berterusan dan bertindak mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu yang dikesan sengaja membuang sampah di merata-rata tempat.

“Jadi kita harap kerjasama orang ramai supaya membuang sampah ke dalam tong yang disediakan bagi mengelak berlakunya longgokan sampah di tempat tidak sepatutnya,” katanya. - KitaReporters


 Suasana meriah penduduk Terengganu berbuka puasa di Dataran Payang, Kuala Terengganu


 Dataran Payang Kuala Terengganu menjadi tumpuan penduduk Terengganu untuk mengadakan majlis berbuka puasa

 

10
10
1
17
0

Copy Link: