Jom serbu! FamilyMart tawar diskaun sehingga 50% untuk oden!

Published by
KitaReporters

SEBUT sahaja oden pasti semua kenal! Tidak kira yang muda mahupun yang lebih veteran. Makanan santai yang berasal dari negara matahari terbit itu mula mendapat perhatian penduduk kita sejak kebekalangan ini apabila kedai serbaneka dari Jepun itu mula beroperasi di negara ini. Sekarang ni ada berita baik untuk penggemar oden : KitaReporters

PELANGGAN mempunyai pelbagai pilihan oden yang ditawarkan di kedai serbaneka FamilyMart.


Bagi penggemar oden mungkin ini satu berita yang baik mana tidaknya apabila FamilyMart kini memberi tawaran diskaun sehingga 50% untuk pelanggan menikmati oden kegemaran mereka.

Wow! Apa lagi jom kita serbu!!!

Berita gembira ini dikongsikan menerusi Facebook rasmi FamilyMart, baru-baru ini.

Untuk kali ini, FamilyMart Malaysia mengadakan promosi diskaun untuk pelanggan sehingga 50% untuk ‘Starter Bowls’ mereka!

TAWARAN menarik hanya berlangsung sehingga 30 Jun 2020 sahaja. - Kredit foto: FB FamilyMart


Bagaiamanapun, tawaran tersebut berlangsung sehingga 30 Jun 2020 sahaja.

Potongan harga ini akan terus berlangsung sehingga stok masih ada dan bagi yang memang meminati oden jangan lupa datang awal!

Antara set yang ditawarkan termasuklah Set Jagung, Set Ajitsuke Tamago, Set Kek Ikan, Set Daikon dan Set Bebola Ikan.

JOM... pelanggan boleh memilih dua sup pilihan yang ditawarkan.


Pelanggan juga boleh memilih antara sup original atau tomyam.

Selain itu, jangan lupa untuk menambah bahan-bahan seperti Seafood Tofu Fish Cake, King Crab Chunk dan Crab Fish Cake

Hidangan oden dari FamilyMart ini sememangnya lazat dan sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja.

WOW... sedapnya oden yang kini menjadi pilihan rakyat Malaysia.


Diskaun yang ditawarkan ini boleh didapati di semua cawangan FamilyMart di seluruh Malaysia kecuali di Genting dan KLIA2.

Tapi jangan risau!!! anda boleh mengunjungi ke kawasan yang berhampiran.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi akaun rasmi Facebook FamilyMart Malaysia.

Jangan lupa ye!!! - KitaReporters

5
3
0
0
0

Copy Link: