Video tular tak benar! Tiada telur plastik jual di Malaysia!

Published by
KitaReporters

TELUR adalah antara bahan masakan yang penting apatah lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bulan Ramadan dan Aidilfitri. Ia digunakan dalam masakan dan pelbagai jenis kuih-muih. Jadi, tidak hairanlah permintaan terhadap telur sentiasa ada dan kekal tinggi. : KitaReporters


Telur ayam yang didakwa sebagai telur plastik dalam satu rakaman video yang menjadi tular dalam media sosial.


Memandangkan ia bahan penting dalam masakan serta mempunyai permintaan yang tinggi, ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab membuat ‘telur tiruan’ yang dihasilkan daripada plastik

Ia bukan perkara baharu kerana sering dilaporkan oleh media. Paling banyak kes penipuan ini berlaku di negara China. 

Macam-macam kaedah cari untung, sampaikan telur pun ada yang tiruan!

Pendedahan-demi pendedahan mengenai kes itu membuatkan masyarakat di Malaysia menjadi curiga dan cemas kerana khuatir ia sampai ke negara ini.


Satu video mendakwa kini di Malaysia sudah ada telur tiruan atau plastik telah tular dalam media sosial.

Video tersebut menunjukkan seorang individu membuat uji kaji terhadap telur dan mendapati ada objek seperti plastik.

Berikutan penularan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertindak menyiasat kejadian itu, namun mengesahkan tiada telur plastik seperti yang didakwa.


Sehubungan itu, KPDNHEP memohon  kepada orang ramai agar tidak panik kerana tiada telur plastik di pasaran di negara ini. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: