TERENGGANU International Air Festival atau Festival Udara Antarabangsa Terengganu (TIAF) 2022 bakal melonjakkan satu lagi aktiviti pelancongan di negeri ini apabila sukan luncur udara (paragliding) berlangsung dalam suasana mood rakyat negeri ini menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-65.

Program yang julung kali diadakan di negeri itu akan berlangsung selama sepuluh hari bermula 25 Ogos 2022 dan berakhir pada 3 September 2022 di Taman Paragliding Besut di Bukit Bubus, Besut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan festival-festival

Peserta luncur udara sedang membuat latihan di Bukit Bubus, Besut, Terengganu


Aksi menarik dua peserta ketika berada di ruang udara Bukit Bubus, Besut


Pemilihan Bukit Bubus sebagai lokasi festival yang terletak di pesisiran pantai Bukit Keluang dan Bukit Dendong sememangnya mampu menarik ribuan pengunjung dengan adanya pelbagai program sepanjang tempoh tersebut.

Penganjur utama, 3A Adventures Bukit Bubus dengan sokongan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu,Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Daerah Besut (MDB) memberi kelebihan kepada penganjuran yang dianggap berprestej itu. 


Fahami Zakaria



Pengerusi Penganjur, Fahami Zakaria berkata, sukan paragliding mungkin asing kepada penduduk negeri ini kerana ia agak jarang dianjurkan oleh pihak terbabit.

Katanya, mengambil sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-65 pihak menganjur akan mempamerkan 65 pilot paragliding akan membawa jalur gemilang di udara pada 31 Ogos 2022.

Beliau berkata, ruang udara Bukit Bubus yang terletak di persisiran pantai menghala Laut China Selatan akan bermandi cahaya dengan aneka warna paragliding. 

“Peserta terbabit termasuk dari luar negara seperti Singapura dan Thailand yangf akan membuat persembahan udara dengan membawa Jalur Gemilang,” katanya. 


Panorama menarik dari  puncak Bukit Bubus, Besut, Terengganu


Puncak Bukit Bubus 


Selain persembahan luncur udara pihak penganjur juga turut mengadakan pelbagai acara sampingan termasuk kehadiran peserta bersama 250 motorsikal berkuasa tinggi, sukan air, muzik kebudayaan, memancing pantai, kayuhan basikal, himpunan motosikal dan bermain layang-layang.

Katanya, kemuncak festival tersebut ialah pertandingan luncur udara yang menawarkan hadiah RM15,000 kepada pemenang tempat pertama, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM1,000. - KitaReporters




Papan tanda menuju masuk ke Bukit Bubus tempat berlangsungnya festival lucur udara.

 

 

10
10
3
17
0

Copy Link: