Gambar hiasan... Chalet di Pusat Pelancongan Pulau Perhentian sunyi berikutan pandemik COVID-19.


PUSAT pelancongan terkenal Pulau Perhentian, Terengganu, yang suram dengan kehadiran pelancongan sejak sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19, bakal kembali meriah apabila ia dijangka akan dibuka semula pada Ogos 2021

Pulau Perhentian yang terletak di Daerah Besut, utara Terengganu, sebelum ini menjadi pilihan pelancongan dari dalam dan luar negeri untuk bercuti sambil beriadah.

Namun aktiviti pelancongan terhenti berikutan pelaksanaan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini berstatus Fasa 2 Pelan Pemulihan Nagara (PPN) yang dinikmati penduduk negeri Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pulau Perhentian

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman


Tengku Zaihan (tengah) bersama petugas barisan hadapan di PPV Kota Putera Square,Besut


Ketika ini pelbagai usaha dan pendekatan dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan pihak berkuasa membuka semula pulau itu untuk dikunjungi orang ramai khususnya pelancong domestik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, sebagai persiapan awal untuk proses membolehkan aktiviti pelancongan di pulau tersebut dapat beroperasi semula, beberapa tindakan dan langkah perlu sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan.  

Katanya, antara langkah awal yang dilakukan termasuklah memberi suntikan vaksin kepada semua yang terbabit dalam industri pelancongan sebelum aktiviti pelancongan di pulau tersebut beroperasi semula


Tengku Zaihan mengagihkan makanan kepada petugas KKM di Pusat Pemberian Vaksin Kota Putera Square, Besut


Seramai 200 pemain industri pelancongan di daerah Besut yang menjadi pintu masuk ke pulau itu diberikan suntikan vaksin pada Jumaat, 16 Julai 2021.

Katanya, mereka terbabit termasuklah pemandu bot pelancong, pengusaha chalet, peniaga dan pengusaha pelancongan.

“Mereka adalah golongan barisan hadapan industri pelancongan yang perlu diberikan suntikan awal dalam usaha mencegah penularan pandemik COVID-19,” katanya ketika meninjau aktiviti suntikan vaksin di Dewan Merdeka Kota Putera Square pada Jumaat, 16 Julai 2021. 

Tengku Zaihan berkata, fasa kedua suntikan vaksin terbabit akan dilakukan terhadap kira-kira 1,000 penduduk Pulau Perhentian yang dijangka dilakukan pada akhir Julai 2021.


Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima sumbangan makanan di PPV Kota Putera Square, Besut


Beliau mengakui akibat penutupan sektor berkenaan ramai pengusaha chalet, pemandu bot pelancong dan peniaga kecil terjejas teruk kerana tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.  

Sebelum ini, Pulau Perhentian merekodkan jumlah kehadiran pelancong paling ramai di Terengganu kerana keindahan alam semula jadi yang mengkagumkan di pulau berkenaan. 

Pada Ogos 2020, Pulau Perhentian mencatatkan 41,420 pelancong berbanding 13,940 pelancong pada Ogos 2019 (kenaikan 197.13 peratus).

“Saya ingin  mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana bersetuju memberikan vaksin kepada pemain industri pelancongan negeri ini khususnya di Kuala Besut,” katanya. - KitaReporters


Pusat peranginan Pulau Perhentian bakal dibuka kepada pelancong pada Ogos 2021

11
2
1
2
1

Copy Link: