KEJADIAN keracunan berpunca daripada memakan puding buih kembali menghantui penduduk negeri Terengganu apabila peristiwa yang pernah mengorbankan seorang wanita pada Jun 2020 lalu berulang kembali pada Ramadan tahun 2022 ini.

Meskipun kejadian terbaharu yang menyebabkan dua beradik yang mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan kuih berkenaan tidak serius namun ia tidak sepatutnya berulang kali kedua dalam bulan Ramadan.

Penjual di bazar Ramadan sepatutnya mengambil iktibar peristiwa seorang wanita dari Marang, Terengganu yang terkorban pada Ramadan 2020 akibat keracunan selepas memakan kuih berkenaan yang dibeli di bazar Ramadan.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan kuih puding buih

Puding buih. - Gambar hiasan


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) terbabit

Katanya, sampel itu akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.

"Sekiranya terbukti puding buih penyebab keracunan makanan itu, peniaga boleh diambil tindakan mengikut peraturan 39 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya.


Dr Kasemani Embong


Dalam kejadian pada 6 April 2022 itu, dua beradik dari Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Terengganu mengalami muntah-mutah pada jam 4 pagi selepas dipercayai memakan pudding buih.

Bagaimanapun, kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka akan dibenarkan pulang pada Isnin 10 April 2022.

Dua beradik itu si abang berusia 9 tahun dan adik perempuannya berusia 7 tahun telah dihantar ke hospital selepas mengalami cirit-birit dan muntah, selepas kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih.

Bapa mereka, Mohd Rusnizan Johari, 39, berkata anaknya makan puding buih dibeli oleh isterinya, Tuan Naemah Tuan Husain, 37, di bazar Ramadan di kampung itu kira-kira jam 6 petang, Rabu 6 April 2022 lalu.



Sehubungan itu, Dr Kasemani turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli juadah yang dijual sepanjang Ramadan bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan.

Katanya, kaedah lihat, hidu dan rasa pada makanan sebelum ia dimakan perlu menjadi amalan terutama masakan yang menggunakan telur sebagai antara ramuannya. - KitaReporters


17
12
2
6
0

Copy Link: