Indah mempesonakan! Trek joging tepi pantai! Riadah sambil nikmati angin laut sepoi-sepoi bahasa!
Published byTrek joging di Pantai Teluk Lipat di tepi pantai di daerah Dungun ini sangat unik dan menjadi tumpuan orang ramai tidak kira hari bekerja mahupun di hujung minggu.


Kedudukan trek joging yang luas serta selesa di sepanjang pantai ini memberikan ketenangan dan keindahan menyaksikan indahnya ciptaan Allah sambil mengeluarkan peluh.
Trek joging sepanjang kira-kira 2.5 kilometer ini menjadi tarikan orang ramai yang membawa keluarga serta anak-anak pada waktu pagi pada hujung minggu mahupun petang.
Kemudahan taman permainan yang terletak di atas pasir dan di tepi laut sangat baik untuk sensori anak-anak kecil bermesra dengan alam bagi meningkatkan imunisasi mereka dan perkembangan otak yang baik.


Terdapat juga tempat letak kereta yang luas dan kemudahan beberapa pondok kecil sepanjang trek ini bagi orang ramai duduk bersantai sambil menikmati makanan serta minuman sementara anak-anak kecil bermain di taman permainan.
Trek joging yang dirancang untuk ditambah kepanjangan kilometer ini juga bakal meningkatkan aktiviti acara larian pada masa akan datang dan sekaligus menjadi tarikan pelancongan bagi daerah ini.
Penulis sangat tertarik dengan binaan trek joging kayu yang didirikan di kawasan pokok rhu memberikan impak klasik dan damai di tepi laut.

Kawasan trek joging di Pantai Teluk Lipat ini juga diindahkan lagi dengan lanskap pokok-pokok kelapa dan juga di jaga rapi kebersihannya oleh Majlis Daerah Dungun (MDD).
Usaha ini patut dipuji kerana kawasan seindah tepi pantai ini
dimanfaatkan bagi tujuan rekreasi dan riadah untuk kegunaan orang ramai. - KitaReporters
