Motosikal klasik yang turut menyertai Karnival Permotoran Pantai Timur


KARNIVAL Permotoran Pantai Timur yang menampilkan pelbagai jenis kenderaan klasik oleh otai-otai pemilik kenderaan dari seluruh negara yang berkumpul di Dataran Limbongan, Kota Putera, Besut, Terengganu mengamit kenangan bukan sahaja kepada peserta malah generasi masa kini yang berpeluang menyaksikan perhimpunan tersebut. 

Perhimpunan selama dua hari bermula pada 21 hingga 22 Januari 2022 lalu disertai lebih 300 pemilik kenderaan klasik terdiri daripada kereta-kereta keluaran Mercedes Benz, Volkswagen dan jenama-jenama lain, selain motosikal dan basikal berusia lebih 100 tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan apa yang klasik


Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman ketika merasmikan Karnival Permotoran Pantai Timur


Kenderaan tersebut dihimpunkan sempena Karnival Permotoran Pantai Timur anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera dan Kelab Otai Mercedes Benz Besut dibantu oleh Majlis Daerah Besut (MDB) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, program yang julung kali diadakan itu mempersembahkan keunikan tersendiri dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya peminat kenderaan klasik.


Kereta Wolkswagen klasik menarik perhatian pengunjung sempena Karnival Permotoran Pantai Timur di Besut


Kata Mohd Nurkhuzaini, "karnival itu dirancang dalam tempoh kurang sebulan untuk diadakan tetapi dengan dokongan semua pihak, kita terima sambutan begini baik daripada peserta sehingga urus setia terpaksa mengubah target kehadiran mereka beberapa kali." 

Menurutnya, pada awalnya penganganjurkan menjangkakan kurang 200 peserta yang yang akan menyertai carnival itu tetapi pada saat akhir, ia mencecah kepada  300 kenderaan hadir mewakili kelab-kelab Mercedes Benz dari enam buah negeri.


Otai-Otai pemilik kereta klasik dari seluruh negara ketika menghadiri majlis perasmian


Beliau berkata, sempena karnival itu peserta turut dibawa ke tempat-tempat pelancongan menarik sekitar daerah Besut bagi memperkenalkan produk pelancongan daerah.

Katanya, daerah Besut ibarat mini Terengganu

"Kalau orang kata Terengganu terkenal dengan pantai, kita ada Pantai Bukit Keluang dan Pulau Perhentian. Di sini juga kita ada air terjun dan air panas, ada tasik di Hulu Besut, kenapa tidak digembleng untuk diketengahkan kepada umum," jelas Mohd Nurkhuzaini. 


Vespa klasik masih diminati generasi masa kini


Basikal klasik antara yang menyertai karnival permotoran


“Jadi Kota Putera ingin memulakan hasrat ini dengan menaikkan benda-benda yang perlu diketengahkan kepada masyarakat bagi menarik pengunjung dalam dan luar negara dan kita memulakan pecutan ini sebagai persediaan pelancongan pada masa akan datang,” katanya. 

Beliau berkata, penduduk di DUN Kota Putera amat teruja kerana dapat menyaksikan pelbagai jenis kenderaan klasik yang menjelajah ke kampung sekitar DUN Kota Putera dalam siri Jelajah Pelancongan sempena karnival tersebut. - KitaReporters


Kereta Mercedes keluaran era enam puluhan menjadi tumpuan

10
14
2
13
0

Copy Link: