SEDIA maklum, pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy baru-baru ini terpalit dengan kontroversi kerana gagal melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada akhir Februari 2020. : KitaReporters



Antara pelakon yang terlibat dalam teater itu ialah Che Mat, Khir Rahman selaku pengarah, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero. 

Isu tersebut menyebabkan nama baik anak kepada Datuk Ahmad Daud dan Saadiah ini terjejas teruk. 

Menurut Ogy, kegagalannya membayar baki bayaran adalah disebabkan faktor kewangan.

Justeru, bagi membolehkannya melunaskan hutang tersebut, Ogy tidak hanya goyang kaki dan melarikan diri tetapi berusaha berlipat ganda mempromosikan perniagaannya.

“Allahuakbar. Terima Kasih @khaibahar94 @fadleeyusofsudi promote kan kempen ni. 

"Melalui hasil jualan ni untuk menyelesaikan hutang-hutang mereka yang terlibat. 

"Terima kasih juga @rozisangdewi yang tolong promosikan,” tulisnya.


Bagi yang mengikuti perkembangan Ogy dalam media sosial, pasti tahu pelakon Azura ini sejak dulu lagi menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis masakan resipi turun-temurun ibunya.

Selain menu sedia ada, Ogy menambah lagi menu baharu seperti sambal bilis belacan dan pes kari, resipi daripada arwah ayahnya

Dia menggunakan sebaik mungkin media sosial seperti Instagram untuk mempromosikan produk jualannya.

Selain orang biasa, rakan-rakan artis turut menyokong denngan membelinya. 

Antara artis yang membeli produk jualannya ialah penyanyi terkenal Khai Bahar dan pelakon Kazar Saisi.


Usaha Ogy untuk melangsaikan hutang-hutang mendapat reaksi positif netizen. 

Malah, ramai yang mendoakan agar perniagaan tersebut berjaya, sekali gus berjaya melunaskan hutang tersebut.

“Jom keluarga besar KBE kita pakat ramai-ramai beli produk kak Ogy agar kak Ogy dapat menyelesaikan masalahnya,” sokong salah seorang netizen.

Peminat tak putus-putus memberi sokongan.


Lihat, setiap musibah yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jadi, sebagai hamba-Nya, sentiasalah bersyukur dan bersangka baik.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. 

Benar, hutang wajib dibayar kerana ia akan dipersoal di akhirat nanti.

Setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan, waima dia artis terkenal sekalipun. 

Sebagai peminat, doakanlah yang baik-baik! Bukan menambah dosa!! - KitaReporters

@kak_ogy : Nalla..Nalla..Nalla..Mala Sinha... Ogy's Curry Paste Ayam/Daging @ogys_foodbiz WA 0108016442

Makan Ni Pakai Sanitiser Pun X Lepas... Kena Rendan Tangan Dgn Klorox 🤣

2
1
0
0
2

Copy Link: