SELEPAS program pengagihan bekalan makanan barang dapur dan bahan basah kepada seluruh penduduk negeri Terengganu dijalankan sejak rakyat berada dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) bermula 18 Mac 2020 akibat COVID-19, pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi menjamin rakyat negeri ini hidup dalam keadaan selesa. : KitaReporters


Malah, ramai pemimpin kerajaan di negeri itu mengambil pendekatan berbeza untuk mendekati rakyat dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan mengikut keadaan semasa. 

Ketiadaan bazar Ramadan yang menyebabkan tidak ada sebarang bentuk jualan juadah makanan dan minuman turut menyulitkan orang ramai untuk mendapatkan bekalan bagi keperluan berbuka puasa.

Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (kanan).


Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali agak menarik perhatian penduduk Terengganu terutama di kawasan Parlimen Kuala Nerus. 

Menerusi Pusat Khidmat Masyarakat di bawah seliaan beliau sempena bulan Ramadan, dia mengubah corak pengagihan  yang biasa dilakukan, sebaliknya agihan berbentuk lauk-pauk pula disediakan kepada penduduk kawasan terbabit. 

Dr Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata beliau terpanggil untuk menyediakan juadah lauk pauk sempena Ramadan kerana orang ramai amat memerlukan untuk berbuka puasa. 

Dr Mohd Khairuddin  (kanan) menyampaikan bungkusan lauk untuk berbuka puasa kepada seorang penduduk di Kuala Nerus 


Katanya, menerusi program pengagihan itu lebih 100 keluarga di kawasan itu akan mendapat manfaat setiap hari sejak hari pertama puasa.

Beliau berkata, pada saat orang ramai menikmati juadah yang lazat ketika berbuka, tetapi masih ada insan yang tidak bernasib baik yang berbeza keadaan dan memerlukan sumbangan serta perhatian dari pihak tertentu. Katanya, beliau turut menzahirkan rasa belas ihsan terhadap golongan tersebut dan mengubah cara agihan dengan menyediakan bekalan lauk pauk kepada penduduk. 

 “Pada Ramadan pertama, agihan adalah kepada 105 keluarga kurang berkemampuan dari tiga kampung iaitu Kampung Kubang Jela, Banggol Tuan Muda dan Paya Datu,” katanya.

Dr Mohd Khairuddin berkata, sumbangan lauk-pauk tersebut diagihkan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengikut kampung masing-masing.

Gulai daging lembu atau gulai kawah kegeramaran penduduk Terengganu bersama bungkusan kurma untuk juadah berbuka puasa bagi penduduk di Kuala Nerus 


Beliau berharap sumbangan seperti ini dapat menambah kenikmatan Ramadan dan memberi kegembiraan buat keluarga penerima.

Katanya, menu lauk pauk berkenaan akan disesuai mengikut keadaan semasa dan penduduk hanya perlu berada di rumah kerana ada petugas yang akan menghantar ke rumah masing-masing. - KitaReporters

2
2
0
0
0

Copy Link: