Video| Siapa suka makan beras mentah? Rupanya ramai jugak yang kongsi tabiat serupa! Bukan pelik pun!

Published by
KitaReporters


SETIAP daripada kita mempunyai tabiat lain daripada yang lain yang hanya kita sahaja tahu dan tidak dipaparkan kepada orang lain kerana ia unik atau kadangkala memalukan.

Begitu juga dengan seorang gadis yang terlihat sedang mengunyah beras seperti makan keropok dengan gaya yang bersahaja menikmatinya sehingga mencuri tumpuan orang yang melihat video ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan beras


Dilihat daripada video yang dirakam oleh rakannya, dia sedang mengunyah beras dengan sangat menikmatinya kerana beras selalunya dimasak dulu menjadi nasi bukannya dimakan dengan mentah.


Namun, pada bahagian komen video ini ternyata ramai orang turut meninggalkan komen bahawa mereka juga melakukan perkara sama seperti gadis ini dan dan ia sama seperti memakan kuaci dan kacang di hadapan televisyen.



Zaman sekarang ini macam-macam makanan yang boleh dinikmati cuma pilihlah betul-betul agar ia tidak memudaratkan kesihatan kita. - KitaReporters

15
13
0
11
0

Copy Link: