Dahaga? Minum air kelapa! Kini dapat permintaan tinggi dan laku keras! Musim panas fenomena El-Nino!

Published by
KitaReporters

Fenomena El-Nino atau musim panas yang melampau sejak beberapa bulan kebelakangan ini memberi kesan secara umumnya kepada seluruh rakyat di Malaysia.


 


Cuaca yang panas mampu menyebabkan dehidrasi kulit serta badan manusia dengan cepat dan orang ramai yang keluar rumah untuk ke tempat kerja atau melakukan aktiviti di luar dinasihatkan untuk minum air yang banyak bagi menghidarasikan semula badan. 

Tinjauan di daerah Dungun mendapati peniaga air kelapa tidak menang tangan menjual air kelapa yang mendapat permintaan tinggi sepanjang musim kemarau ini. 

Bagi Ishak Hussin, 65, dia yang sudah lebih 10 tahun berniaga air kelapa merasakan rezekinya melimpah ruah setiap kali musim panas tiba. 

“Alhamdulillah jualan air kelapa pada musim panas ini sememangnya tinggi. Ramai yang mencari air kelapa untuk menyejukkan pada dan mengelakkan badan dari dehidrasi. 

“Khasiat air kelapa ini tidak perlu dijelaskan lagi terutama bagi orang ramai yang bekerja di bawah terik matahari seperti pekerja kontraktor, pekebun dan tidak lupa juga yang menjalankan kerja-kerja kampung. 

“Mungkin ada yang merungut cuaca panas sangat tetapi bagi kami peniaga amat bersyukur kerana ini merupakan rezeki kami,” katanya ketika ditemui di bandar Dungun.



Tambah Ishak lagi, setiap hari dia mampu menjual lebih 30 biji buah kepala muda atau dijual di dalam cawan. 

"Ada pelanggan yang ingin minum terus daripada buah kelapa jadi saya jual dengan harga RM6 sebiji atau ada yang ingin menikmatinya di dalam cawan dengan harga RM3. 

“Saya menjual kepala muda jenis pandan dan kacuk. Kelapa pandan paling banyak mendapat permintaan kerana rasanya yang lebih enak dan isi kelapa yang lebut seperti agar-agar. 

“Setakat ini bekalkan kelapa mudah didapati atas factor cuaca yang baik,” kongsinya.



Memang ramai orang menggemari air kelapa ini lebih-lebih lagi jika diminum terus daripada biji kelapa dengan ditambah sedikit air batu dan minum pula di tepi pantai sambil menikmati pemandangan laut yang membiru terbentang luas. 

Air kelapa merupakan minuman elektrolit semula jadi yang sangat berkesan untuk menghidratkan badan, terutama selepas bersenam atau cuaca panas. 

Ia kaya dengan kalium, magnesium, kalsium, dan natrium yang membantu fungsi otot serta menstabilkan tekanan darah. Alternatif isotonik semula jadi ini juga baik untuk detoks. - KitaReporters

 

 

9
15
0
7
0

Copy Link: