Ayuh! Jangan lupa ke Pameran Bot Antarabangsa Malaysia atau Malaysia International Boat Show 2026 (MYBOS 2026) di Royal Langkawi Yacht Club mulai 2 hingga 5 April 2026.



Pameran gaya hidup maritim utama ini kembali untuk memaparkan bot dan kapal mewah berprestij. Ia menjadikannya sebagai acara wajib hadir di Langkawi bagi peminat industri marin eksklusif.

Adalah difahamkan ia berbeza dengan LIMA iaitu Langkawi International Maritime and Aerospace  Exhibition.

Pameran Bot Antarabangsa ini menyerlahkan pengalaman gaya hidup maritim mewah berkelas antarabangsa yang jarang dapat diakses oleh orang ramai. 


Sebuah bot yang akan turut serta Pameran Bot Antarabangsa Malaysia mulai 2 April 2026 ini.

Antara  bot yang turut sama akan menyertai MYBOS 2026.

Acara MYBOS ini bukan sekadar pameran bot, tetapi sebuah acara gaya hidup mewah yang penuh dengan aktiviti menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.
Sepanjang hujung minggu tu, banyak aktiviti yang korang boleh diikuti:
Pameran yacht dan superyacht
Korang boleh tengok sendiri deretan kapal layar mewah dan bot canggih yang biasanya hanya kita nampak dalam gambar atau filem.
  • Persembahan muzik dan kebudayaan: Sepanjang acara berlangsung, akan ada persembahan muzik dan pertunjukan budaya yang memeriahkan suasana marina.
  • Pameran gaya hidup mewah: Selain bot, pengunjung juga boleh melihat pelbagai paparan gaya hidup nautika yang eksklusif, sesuai dengan suasana acara bertaraf antarabangsa.
  • Pasar Artis: Sambil jalan-jalan, boleh singgah ke booth artis-artis tempatan yang menjual pelbagai produk unik dan hasil kraf tangan.
  • Pengalaman sunset cruise: Ini antara highlight yang paling menarik. Para pengunjung boleh nikmati pelayaran santai sambil tengok pemandangan matahari terbenam di pesisiran Langkawi.


Kapal layar yang turut menjadi tarikan pada Pameran Bot Antarabangsa Langkawi mulai 2 April 2026.

Gabungan yacht mewah, aktiviti menarik, hiburan dan suasana laut yang indah menjadikan MYBOS ’26 sebuah acara yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

Ia mempamerkan kerjasama bersama Tourism Malaysia sebagai salah satu usaha kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Mulai jam 2 petang hingga 8 malam pengunjung bebas untuk mengambil gambar serta meneroka kawasan marina sedia ada. - KitaReporters

9
14
0
12
0

Copy Link: