Roti Jala Jalur Gemilang! Meriahkan sambutan Hari Kemerdekaan! Kreatif, cantik, unik, patriotik!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: Libur.com.my


MENJELANG ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-64 bulan Ogos ini, sekali lagi bendera Malaysia (Jalur Gemilang) dengan megahnya dikibarkan di merata tempat, sekali gus dapat kita lihat pelbagai gaya hiasan bertemakan Hari Merdeka

Rakyat Malaysia bukan sekadar meraikan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang, bahkan mereka turut meraikannya dengan pelbagai gaya lain

Seringkali juga diadakan pertandingan pakaian beragam bertemakan Hari Merdeka. Bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa bahkan kanak-kanak juga. 

Pelbagai kreativiti terserlah hasil daripada pertandingan seperti itu. Tiba musimnya, sudah tidak asing, bendera sebagai hiasan dilihat merata-rata. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan roti jala

Kredit foto: YouTube Azie Suhaimi 


Mungkin pada musim pandemik ini kemeriahannya menurun namun pelbagai kreativiti diperlihatkan oleh penduduk dan warga maya, misalnya dengan menghasilkan lukisan Jalur Gemilang pada wajah hatta makanan.

Antaranya, penulis tertarik pada kuih tradisional roti jala, yang disusun serta ditatahias berihamkan bendera Jalur Gemilang.


 

Kredit foto: Nellywaty Nooraini Azmi dari Facebook Kelab Roti Jala.


Hasil kreativiti Nellywaty Nooraini Azmi, membentuk bendera Jalur Gemilang daripada susunan roti jala warna merah, kuning dan biru. Disempurnakan dengan kibaran 7 bendera kenit pada bahagian atas. 

Pada kotak tertera nama pembuat roti jala ini dan catatan Jala Indah By Kak NeL sementara di bawahnya tertera tulisan "Malaysia Prihatin 64".


Kredit foto - Mawarni Abu Seman, dari Facebook Kelab Roti Jala


Roti jala di atas dengan ucapan tahniah buat Mr Yogan ini dihasilkan oleh Mawarni Abu Seman menampilkan motif hati daripada gandingan warna Jalur Gemilang biru, merah, putih, lengkap dengan motif bulan dan bintang, di atas latar susunan roti jala merah jambu ataupun pink. 

Sebuah gubahan hadiah yang membangkitkan unsur patriotik kepada penerimanya.


Kredit foto - Mawarni Abu Seman, dari Facebook Kelab Roti Jala


Bentuk hati bermotifkan Jalur Gemilang daripada susunan roti jala bentuk bunga, menghiasi sebekas roti jala warna hijau dengan tulisan Atuk dan Abah di bahagian atas, manakala di bawahnya, menampilkan nota "We love You". 

Mendapat hadiah roti jala ini, hati penerima berbunga-bunga gembira dan seceria bungaan berkenaan.


Kredit Facebook Kelab Roti Jala gambar milik Miena Kitchen.


Hasnah Loman dari Miena Kitchen juga tidak ketinggalan menghasilkan roti jala Jalur Gemilang untuk tempahan pelanggannya yang menampilkan paduan warna merah, putih dan biru sebagai latar berjalur dan kuning untuk motif bintang dan tulisan 'Malaysia Prihatin', berhias kuntuman roti jalur bentuk mawar di jalur paling bawah dan di sudut. 


Roti jala Hari Merdeka, ilham Aisyah Humaira Cake. - Kredit foto: Che Hasnah Muhamad dari FB Kelab Roti Jala.


Figura Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman menjadi ilham Che Hasnah Muhamad berlatarkan susunan roti jala warna tradisional kuning dengan tambahan hiasan, bunga raya merah, angka ulang tahun 64 dan tulisan 'Merdeka'.

Kredit foto: Hasanida Hashim dari Kelab Roti Jala 


Bulan sabit kuning, hiasan utama yang menonjol pada persembahan Roti Jala sempena Hari Merdeka ilham Hasanida Hashim

Di atas motif bulan sabit itu tertera nota `Selamat hari lahir AYAH`, manakala di satu sudut diletakkan lambang bulan dan bintang, manakala latar belakang daripada susunan roti jalan warna biru, putih kekuningan dan merah.


Ilham Roti Jala Jalur Gemilang kiriman Alia Farhana. - Kredit foto: Alia Farhana dari FB Kelab Roti Jala


Alia Farhana pula mempersembahkan Roti Jala Jalur Gemilang tanpa sebarang hiasan, menyerlahkan keaslian bentuk bendera Malaysia daripada susunan roti jala gulung warna merah, putih biru dan kuning.


Kredit foto: Azzanizan Assaini dari FB Kelab Roti Jala


Ini pula unik sedikit tanpa menggunakan roti jala gulung bentuk kebiasaan, ala silinder. Persembahan roti jala Azzanizan Assaini berilhamkan sebuah bulatan yang terhasil daripada susunan roti jala bentuk bunga warna merah, putih, kuning dan biru. 

Syabas buat pereka roti jala kerana turut memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 dengan berkongsi rekaan roti jala kreatif masing-masing di laman maya. - KitaReporters


Kredit foto: Berita Harian

1
1
0
0
1

Copy Link: