DUA lori Nestle Malaysia akan berada pada hari pembukaan setiap cawangan pasar raya peruncitan Elewsmart. Kehadiran dua lori itu adalah untuk memberi minuman percuma iaitu minuman Milo atau Nescafe serta beberapa barangan keluaran Nestle. : KitaReporters

Ebit Lew dan Chris Jonsson mencuba minuman Milo di salah sebuah lori Nestle di pembukaan  Elewmart cawangan Kajang pada Ahad 19 Julai 2020 alu. Kredit foto: sepitbiru.com


Ia adalah atas inisiatif pemilik pasar raya peruncitan itu Ebit Lew dengan kerjasama Nestle Malaysia.

Dalam postingan dalam Instagramnya, Ebit berterima kasih atas kesudian syarikat besar seperti Nestle membantu perniagaan runcitnya yang dianggap sebagai pengalaman baharu baginya,

Dan tambah mengharukan Ebit ialah kesudian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestle cawangan Asia, Chris Jonsson, hadir ketika pembukaan cawangan Kajang pada Ahad 19 Julai 2020 lalu dan turut sama menghulurkan cawan kertas air minuman  Milo dan Nescafe kepada pelanggan.

Sumbangam air dan barangan percuma keluaran Nestle ini akan diteruskan pada hari pembukaan ElewMart di lapan lagi cawangan setiap Sabtu dan Ahad hingga 16 Ogos 2020.

Pada 25 dan 26 Julai ini cawangan dibuka di dataran Villa Putra, Sungei Buloh dan Pelangi Square, Petaling Jaya. 

Pada minggu-minggu seterusnya pembukaan akan dilakukan di Cyberjaya, Shah Alam, Subang Perdana, Gombak, Batu Caves dan Balakong sehingga terakhir pada 16 Ogos 2020.


Seperti biasa selain pemberian air minuman dan barangan cenderahati daripada Nestle,  beberapa hadiah hadir awal (door gift)  turut diberi kepada pengunjung bertuah.

Seperti biasa 300 pengunjung pertama berpeluang membeli enam barangan pada harga istimewa. 

Harga promosi itu ialah ais krim Cornetto 10 sen, Nescafe tin 40 sen, susu pekat manis Dairy Champ 70 sen, Chipsmore 90 sen, kicap cap Kipas Udang 90 sen, dan mi segera Maggi Tomyam 90 sen.

Harga runcit yang lebih murah dari kedai-kedai lain menyebabkan ramai yang tidak sabar untuk mengunjungi salah satu cawangan Elewsmart, di samping berharap pembukaan di bandar-bandar lain di seluruh negara dipecepat. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: