Video| Cobaan! Kedai kek baru buka 7 bulan dimasuki banjir! Kek banyak rosak! Chiller hampir tumbang!

Published by
KitaReporters


KISAH kedai bakeri milik seorang peniaga yang telah dinaiki air disebabkan banjir melanda di Pantai Timur sehingga memusnahkan kek dan chiller telah mendapat perhatian dalam media sosial.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @hanaliciouscakes, peniaga kek tersebut menceritakan bagaimana kek dan chillernya telah musnah hampir keseluruhannya meskipun kedai baru sahaja dibuka tujuh bulan lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kek dan bakeri


Baru tujuh bulan buka kedai di sini. Lima biji chiller kami tunggu masa tenggelam dalam air.

Akhirnya yang kami takuti, terapung juga chiller kek kami. Chiller hampir tumbang. 60% kek rosak. Ya Allah, saya redha,” luahnya di laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai amat bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga bakeri itu namun terdapat cadangan agar kek yang telah musnah itu disedekahkan.



“Semoga Allah ganti yang lebih baik dari kerugian yang dihadapi ketika ini,” doa @farinieaini.

“Cepat-cepat sedekahkan, harta akhirat,” kata @WeweOwwe.

“Sedekah sahaja pada orang di kawasan sekeliling, mungkin selepas ini Allah akan beri lebih dari ujian yang menimpa ketika ini, banyakkan berdoa,” tulis @IanNaka. -  KitaReporters



10
16
0
15
0

Copy Link: