Video| Ada beran? Siapa suka makan kepala ayam? Vicha Saywho mukbang! Netizen seram sejuk lihatnya!

Published by
KitaReporters

Dalam dunia hiburan tempatan, nama Vicha Saywho atau nama penuhnya Refika Novianti Faturohman cukup dikenali dalam kalangan penonton di Malaysia, khususnya menerusi kemunculannya dalam pelbagai program komedi dan rancangan televisyen. 

Dengan gaya spontan, suara manja dan karakter bersahaja, Vicha yang berasal dari Indonesia berjaya mencuit hati ramai, sekali gus membina kelompok peminat tersendiri di negara ini.



Selain aktif dalam dunia hiburan, Vicha turut dikenali sebagai usahawan makanan menerusi jenama Bakso Beranak KL yang masih beroperasi dan sering mendapat sambutan hangat. 

Menu utamanya, bakso beranak iaitu bebola daging bersaiz besar dengan pelbagai inti di dalam yang menjadi tarikan utama pelanggan, khususnya pencinta makanan Indonesia di Malaysia. Tidak hairanlah, ramai yang sanggup datang semata-mata untuk merasai sendiri keunikan dan keenakannya.

Perkongsian Vicha ketika menikmati hidangan di Yogyakarta dalam media sosial menarik perhatian ramai apabila dia secara santai bertanya, “Siapa yang suka makan kepala ayam?”

Soalan ringkas ini akhirnya membuka ruang perkongsian pendapat dan pandangan mengenai cita rasa antara Malaysia dan Indonesia. Ada yang geli dan teruja.



“Alamak, takutnya! Orang Indonesia makan kepala ayam macam pembantu saya, seram sejuk aku tengok,” tulis salah seorang netizen.

Membalas komen tersebut, Vicha menjelaskan bahawa kepala ayam sangat sedap apatah lagi otaknya.

Ada juga netizen berkogsi cerita apabila ada antara ahli keluarganya yang berasal dari Indonesia turut menggemari kepala ayam. 

“Adik ipar saya orang Indonesia. Dia kata kepala ayam sedap, tapi saya tak mampu cuba. Adik saya yang kahwin dengan dia pun tak boleh nak makan, lagi pula saya. 

"Tapi selagi halal, makan aja, cuma cita rasa manusiakan berbeza-beza,” kongsinya.


 


Menurut Vicha, kebanyakan orang Indonesia memang menggemari kepala ayam kerana sejak kecil sudah terbiasa memakannya. Malah, usus ayam juga turut dimakan, berbeza dengan kebanyakan orang Malaysia.

Justeru tambah Vicha lagi, setiap kali dia membeli ayam di Malaysia, dia akan meminta tukang potong agar tidak membuang kepalanya. 

“Itulah saya kalau beli ayam minta kepalanya jangan dibuang,” tulisnya dalam ruangan komen menjawab kenyataan seorang netizen.


 


Perkongsian oleh Vicha ini secara tidak langsung memperlihat perbezaan budaya makanan antara dua negara serumpun. Jika di Indonesia, hampir semua bahagian ayam dimanfaatkan. Manakala di Malaysia hanya bahagian tertentu yang menjadi pilihan umum. 

Faktor kebiasaan sejak kecil jelas memainkan peranan besar dalam membentuk selera seseorang.

Jadi, anda ‘tim berani cuba’ atau ‘tim tengok saja’? - KitaReporters



7
13
0
11
0

Copy Link: