Video| Tahu tak? Biji pulasan boleh dimakan begitu je! Kalau goreng rasa lemak-lemak seperti badam!

Published by
KitaReporters


Malaysia kaya dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, pulasan dan pelbagai lagi. Tak perlu berhabisan duit untuk membeli buah import yang sudah tentu lebih mahal harganya. Namun, apapun terpulang pada diri masing-masing.

Buah tempatan tidak kalah juga dengan buat import. Selain dimakan begitu sahaja, buah-buah tempatan juga menghasilkan pelbagai produk makanan. 

Paling popular, durian dijadikan tempoyak dan ais krim. Nanas dijadikan jem. Isi nangka dikeringkan menjadi kerepek. Isi rambutan dan longan ditinkan. 

Namun, tahukah anda biji buah pulasan juga boleh dimakan sama seperti buah gajus? Mungkin ada yang tahu dan mungkin ramai juga yang masih belum tahu.



Pastinya ramai tahu biji nangka atau cempedak boleh dimakan dengan merebusnya. Rasanya memang enak, berlemak dan gebu. Sebenarnya biji buah pulasan juga boleh dimakan. Bertambah enak kalau ia digoreng.

Informasi tersebut dikongsi oleh seorang penggguna TikTok bernama AbangSalai. 

Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia menjelaskan keistimewaan buah pulasan yang ramai orang tak tahu. Menurutnya, buah pulasan bukan sahaja boleh dimakan isinya, tetapi juga bijinya.


Pulasan seakan-akan rambutan dan mempunyai rasa yang hampir sama.


“Buah pulasan, selalu makan buahnya. Tak sangka pula yang inipun (biji)  boleh dimakan. Nak tahu kesudahan video ni, sahabat boleh tengok di rumah merah abang salai ok,” tulisnya sambil memakan biji buah pulasan begitu sahaja.

Perkongsian itu telah menarik perhatian orang ramai hingga video tersebut meraih 2.1 juta tontonan. Ramai yang mengaku mereka juga tidak tahu selama ini biji buah pulasan boleh dimakan.




Sementara itu, ada juga yang sudah tahu dan menjelaskan andai biji itu digoreng, rasanya lebih sedap. Mungkin selepas ini biji pulasan goreng boleh dikomersialkan. - KitaReporters


13
18
0
11
0

Copy Link: