Pulau Perhentian,Terengganu


KEJADIAN pelancong yang mengalami sakit dengan cirit birit dan pening dipercayai keracunan makanan ketika bercuti di pusat peranginan Pulau Perhentian, Terengganu mengejutkan banyak pihak termasuk pihak berkuasa negeri itu.

Laporan yang menyebut sekumpulan 40 orang pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit selepas berenang di perairan pulau itu turut menarik perhatian kerajaan negeri.

Menurut laporan tersebut, sebahagian mereka mengalami cirit-birit dan demam panas sejurus selepas pulang dan beberapa orang dimasukkan ke hospital, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu (tifoid) dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.


Lagi cerita-cerita gempar berkaitan keracunan makanan

Ariffin Deraman


Susulan itu, Kerajaan Terengganu tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap penggiat pelancongan di negeri itu  sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan dan kebajikan pengunjung di premis masing-masing. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya memandang serius isu pelancong sakit atau mengalami keracunan makanan dan cirit birit selepas bercuti di Pulau Perhentian yang tular dalam media sosial.

Katanya, berikutan itu pihanya telah mengarahkan agensi bertanggugjawab segera menjalankan siasatan untuk mencari dan menilai punca kejadian itu.


ke


Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menjelaskan isu sebenar yang telah berlaku dan laporan penuh akan menyusul apabila siasatan lengkap,” katanya dalam satu kenyataan pada 2 Oktober 2022.

Beliau berkata, pihak kerajaan tidak teragak-agak menggunakan segala tindakan perundangan sedia ada dengan tegas jika ada premis tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan memandangkan isu-isu sebegini boleh memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri. - KitaReporters


17
10
0
13
1

Copy Link: