BAGI melahirkan lebih ramai inovator dalam kalangan murid-murid, Sekolah Kebangsaan Seri Samudera (SKESES), Manjung Raya, Seri Manjung, Perak mengambil inisiatif mengadakan pertandingan inovasi peringkat sekolah dengan tema Kelestarian Alam Sekitar bermula 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

Sebagai menambah daya tarikan dan keberkesanan, pertandingan itu diperluaskan dengan membabitkan penyertaan dalam kalangan ibu bapa atau keluarga untuk membantu meningkatkan lagi minat murid apabila mengetahui pertandingan berkenaan turut menarik perhatian seluruh ahli keluarga mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dunia inovasi


Guru Besar SKESES, Shahril Othman, berkata usaha itu secara tidak langsung melahirkan idea untuk merealisasikan SKESES sebagai sekolah inovasi daerah Manjung dan pembabitan keluarga murid akan dapat menyuntik semangat mereka untuk terus rajin berinovasi walaupun selepas pertandingan. 

Menurutnya, pertandingan itu terbuka kepada semua keluarga murid dan hadiah pemenang akan ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKESES

Johan akan menerima hadiah wang tunai RM300, naib johan RM200 dan ketiga RM100.


Contoh inovasi yang dihasilkan.


Sekolah ini mempunyai 21 guru inovatif yang sudah berjaya memenangi anugerah pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 

"Sekarang mereka dalam persiapan untuk menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa pula. Pembabitan murid pula sedang ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya. - KitaReporters


Barisan guru SK Seri Samudera (SKESES), Manjung Raya, Seri Manjung, Perak yang cemerlang dalam inovasi mereka.

18
18
0
15
0

Copy Link: