MEMBANGGAKAN seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan Seri Samudera (SKESES), Manjung Raya, Seri Manjung, Perak, apabila Guru Besarnya, Shahril Othman terpilih sebagai lima terbaik Malaysia Teacher Prize (Hadiah Guru Malaysia) 2022 dan berjaya membawa pulang RM5,000 pada 7 Oktober 2022.

Ini kali pertama anugerah tersebut dianjurkan di Malaysia.

Kejayaan itu membuktikan kepimpinan instruksional berlaku di sekolah apabila pemimpin sekolah berjaya mengimplemantasikan pengajaran dan pembelajaran berkesan yang boleh mempengaruhi dan dorongan kepada guru serta murid untuk meningkatkan pencapaian kurikulum khususnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru cemerlang

Shahril membanggakan semua warga pendidik SKESES.


Shahril berkata, kejayaan itu diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pemimpin sekolah serta guru di seluruh negara amnya untuk meningkatkan kualiti instruksional ke arah pencapaian akademik yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

Menurutnya, dia berasa amat terharu berjaya mencapai ke tahap lima terbaik selepas melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan pencapaian sekolah dan murid khususnya dalam pembelajaran dengan kerjasama serta sokongan daripada warga pendidik SKESES.

“Saya akan terus berusaha gigih bersama warga pendidik SKESES tanpa jemu demi kecemerlangan berterusan supaya prestasi kejayaan murid dalam pelajaran dikekalkan serta mampu menjadi contoh,” katanya.  


Anuthra Sirisena, dipilih sebagai pemenang pertama Malaysia Teacher Prize 2022. - Kredit foto: Astro Awani


Malaysia Teacher Prize 2022 merupakan yang pertama diadakan di Malaysia yang diinspirasikan daripada Global Teacher Prize. Membabitkan 800 penyertaan guru seluruh negara sebelum 10 terbaik dipilih pada penjurian pertama.

Pada penjurian terakhir, lima yang terbaik akan dipilih dan pemenang menerima RM50,000. Empat guru terbaik yang lain menerima RM5,000 setiap seorang. 

Guru Kimia dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, Tenom, Sabah, Anuthra Sirisena, dipilih sebagai pemenang pertama.

Malaysia Teacher Prize diperkenalkan buat julung kalinya di negara ini bagi memartabatkan lagi status guru serta meraikan pencapaian guru cemerlang

Anugerah berkenaan dianjurkan Pemimpin Global School Leaders (GSL) dengan kerjasama YTL Foundation serta mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dijadikan sebagai anugerah edisi Malaysia Global Teacher Prize anjuran Varkey Foundation. - KitaReporters


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Samudera (SKESES), Manjung Raya, Seri Manjung, Perak, Shahril Othman (kanan) bersama penerima anugerah  Malaysia Teacher Prize 2022.

16
16
0
14
0

Copy Link: