Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Tangkak, di Johor. 


PENDUDUK Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Tangkak, Johor disaran terus mengekalkan keharmonian komuniti apabila sering berganding bahu dalam menjayakan program kemasyarakatan terutama di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), kata Pengarah KEMAS Negeri Johor, Zamri Muhamad.

Menurutnya, paling membanggakan kampung itu antara termasuk dalam 182 kawasan Parlimen luar bandar bermula 2022 yang turut terpilih dalam program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) bagi Parlimen Ledang.

Jelas beliau, seperti komuniti rukun tetangga dengan fokus kepada komuniti luar bandar, jawatankuasa SKoD akan berperanan sebagai barisan hadapan ketika berlaku bencana alam seperti banjir dan sebagainya untuk menghulurkan bantuan segera.


Lagi cerita-cerita berkaitan Sahabat Komuniti Desa (SKoD)

Pemain Pasukan Sawah Ring FC dan Sengkang FC merakam kenangan bersama Mohd Nor Mohajin sebelum perlawanan akhir pada Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Mukim Gersik, Ledang, Johor, yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Sawah Ring, 26  Februari 2023.  


Tambahnya, antara program SKoD termasuklah aktiviti kesedaran kesihatan, amalan gaya hidup sihat, menangani isu keselamatan serta kebajikan penduduk kampung disamping aktiviti yang memberi tumpuan kepada memupuk semangat patriotisme seperti sambutan Hari Kebangsaan dan kebesaran Islam. 

“Perkara ini bukanlah suatu yang mustahil untuk dijayakan oleh penduduk Kampung Sawah Ring yang begitu kukuh semangat perpaduan dan bekerjasama mereka dalam mengharungi pelbagai masalah demi kebaikan bersama. 

“Saya juga mengharapkan usaha tanaman padi di Sawah Ring diteruskan kerana selain dapat menjana pendapatan penduduk kampung ia juga boleh dijadikan sebagai pusat agropelancongan,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Mukim Gersik, Ledang, Johor, pada 26 Februari 2023.

Pada Majlis yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Tangkak, Johor, Sahrihan Jani itu, Zamri turut mengumumkan peruntukan naik taraf dan baik pulih bangunan Tabika KEMAS Kampung Sawah Ring bagi memberikan lebih keselesaan kepada guru dan muridnya. 


Pasukan Sawah Ring FC muncul johan kejohanan berkenaan.


Pada kejohanan yang dianjurkan JawatankuasaPembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Sawah  Ring, Bukit Gambir Football Club itu disertai 18 pasukan. 

Jurucakap kejohanan yang juga Penghulu Mukim Gersik, Mohd Nor Mohajin, berkata dalam perlawanan berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Sawah Ring itu, pasukan Sawah Ring FC muncul Johan dengan merangkul piala pusingan dan iringan serta wang tunai RM500, diikuti naib johan Sengkang FC meraih hadiah wang tunai RM300 berserta piala iringan, ketiga Sungai Bilah FC menerima RM100 bersama piala iringan dan keempat Parit Kasan FC turut menerima RM100 serta piala iringan.

Sementara itu, Sahrihan dalam ucapan perasmian melahirkan rasa kagum dengan semangat muhibah dan keakraban ukhuwah penduduk kampung berkenaan yang sering terbabit dan hadir dalam apa jua program dianjurkan oleh pelbagai pihak khusus berkaitan kemasyarakatan dan kerja amal. 

Menurutnya, kesan daripada itu tidak hairanlah kampung berkenaan menempa bermacam-macam kejayaan dan terbaharu apabila terbabit dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Malaysia (MAHA), di Serdang, Selangor. 

“Tahniah kepada semua penduduk kampung ini yang senantiasa memberi kerjasama baik dalam setiap program dan saya menyeru supaya peliharalah keharmonian serta kedamaian untuk diwarisi kepada anak-anak iaitu generasi masa depan Kampung Sawah Ring,” ujarnya. - KitaReporters


Pasukan Sengkang FC muncul sebagai naib johan.

23
14
0
17
1

Copy Link: