Syabas KRT Taman Seri Putra! Sukan boling eratkan perpaduan! Beriadah sambil pupuk hubungan komuniti!

Published by
KitaReporters

Antara ahli KRT Jalan Talapia yang turun berentap dalam Pertandingan Persahabatan Boling KRT Taman Seri Putra, Banting di The Bowlers@Mesamall Bandar Baru Nilai, Seremban.


SEMPENA cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, empat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Putra, Banting, Selangor mengadakan Pertandingan Persahabatan Boling kali pertama bagi memupuk semangat perpaduan pada 21 Januari 2023.

Pertandingan yang membabitkan KRT Jalan Talapia, Jalan Seluang, Jalan Jelawat dan Jalan Semilang itu disertai ahli KRT yang berkebolehan dalam permainan boling berlangsung di The Bowlers@Mesamall Bandar Baru Nilai, Seremban.

Ahli jawatankuasa pertandingan itu, Ahmad Jantan, berkata pertandingan berkenaan berjaya diadakan selepas hasil perbincangan empat Pengerusi  KRT jalan terbabit iaitu Hisan Yusof Jalan Seluang, Arif (Jalan Semilang), Salleh Kassim (Jalan  Jelawat) dan beliau sendiri Jalan Talapia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti-aktiviti KRT

Pasukan KRT Jalan Seluang merakam kenangan selepas muncul juara keseluruhan Pertandingan Persahabatan Boling KRT Taman Seri Putra, Banting, Selangor pada 21 Januari 2023.


Menurutnya, mereka bersepakat serta bersetuju mengambil kesempatan cuti perayaan begini untuk mengumpulkan ahli KRT dalam aktiviti beriadah sekali gus mengeratkan hubungan mesra dalam kalangan komuniti jalan terbabit.

Jelasnya, diharapkan aktiviti itu juga mampu menjadi antara contoh terbaik dalam memupuk semangat perpaduan serta muhibah dalam kalangan komuniti pelbagai kaum di Taman Seri Putra berkenaan selaras melahirkan kehidupan harmoni.

“Dalam pertandingan ini wajah ceria terukir dalam kalangan ahli-ahli KRT terbabit kerana mereka berkesempatan bersua muka dan digunakan untuk bertanya khabar serta berbincang isu semasa terutama permasalahan komuniti,” katanya.  

Dalam pertandingan yang diadakan itu, KRT Jalan Seluang muncul juara keseluruhan dan tempat berikutnya diraih oleh KRT Jalan Talapia; ketiga, Semilang dan keempat, Jalan Jelawat. 


Pasukan lelaki KRT Jalan Talapia meraihkan kemenangan di tempat kedua.


Ahmad berkata, pertandingan itu bukanlah mencari kemenangan semata-mata sebaliknya bagi mewujudkan semangat bekerjasama serta kekeluargaan ahli KRT tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Jelasnya, apabila ada usaha menzahirkan sikap sedemikian akan mudahkan pada masa mendatang dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dengan membabitkan semua komuniti bagi menjayakannya.

“Ini juga merupakan salah satu usaha yang dapat membantu kerajaan dalam melahirkan rakyat berpegang kukuh kepada semangat muhibah serta perpaduan dalam mewujudkan keharmonian dalam komuniti,” ujarnya. - KitaReporters


Ahmad jantan (kiri) dan ahli jawatankuasa induk pertandingan boling memberi taklimat ringkas kepada Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Langat, Azizah Rawi (kanan).

16
10
0
8
0

Copy Link: