Wasilah semakin erat! Persatuan Bekas Kakitangan KTM perkemas ukhuwah ahli-ahli! Majlis sambutan raya!
Published byWasilah antara ahli Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu (PBKKTM) seluruh negara semakin erat apabila bertemu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 peringkat Wilayah Utara yang diadakan di Restoran The Bunkers, Arau, Perlis.

Dr Abdul Radzak Abdul Malek (kiri) menyampaikan plak Penghargaan Terbaik kepada Abdul Rahim Ridzwan.
Lebih 50
ahli persatuan itu hadir pada majlis berkenaan yang turut disertai Yang
Dipertua PBKKTM, Dato’ Ts Dr Abdul Radzak Abdul Malek; Naib Yang Dipertua, Abd
Razak Mohd Yusuf; dan Penasihat persatuan, Dato’ Dr Sukarno Wagiman yang
diadakan pada 20 April 2026.
Setiausaha PBKKTM, Abdul Rahim Osman, berkata majlis itu meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada ahli apabila tiga tonggak utama persatuan sanggup hadir demi merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli sebagai wasilah merapatkan hubungan serta menanamkan rasa cinta terhadap kebesaran Allah SWT.

Marzuki Saad (kanan) menerima plak Penghargaan Terbaik daripada Dr Abdul Radzak.
Menurutnya,
di samping memupuk jalinan semangat perpaduan serta muhibah dalam kalangan ahli
dengan peneraju persatuan, pucuk pimpinan juga akan memberi penjelasan secara tidak formal
mengenai aktiviti dan program PBKKTM dilaksanakan bagi mengelak kekeliruan.
Tambahnya,
penjelasan itu akan memberi gambaran sebenar kepada ahli mengenai aktiviti atau
program sosial kemasyarakatan dan gotong-royong dilakukan tidak sekali-kali
melupakan kebajikan keluarga ahli yang menghadapi masalah kelangsungan hidup
tanpa mengira fahaman politik serta agama.
“Majlis yang diadakan secara santai dengan menikmati pelbagai juadah Aidifitri ini turut memberi kepemimpinan persatuan memnjelaskan ke mana dana sumbangan mereka prihatin, dermawan atau korporat disalurkan bagi memenuhi tanggungjawab sosial bukan setakat kepada ahli juga mereka yang memerlukan bantuan seperti keluarga asnaf, miskin, anak yatim dan sebagainya,” ujar beliau.

Dr Abdul Radzak memilih juadah Aidilfitri untuk dinikmati bersama-sama ahli PBKKTM.
Abdul Rahim
berkata, pada majlis anjuran PBKKTM Team Wilayah Utara Kedah/Perlis/Perak itu
turut diadakan acara penyampaian tiga plak Penghargaan Terbaik daripada
pengurusan persatuan sebagai menghargai pengorbanan individu terbabit dalam
kerja sukarela amal kebajikan.
Mereka itu
ialah Abdul Rahim Ridzwan mewakili PBKKTM Kedah (Alor Setar), Marzuki Saad dari
Perlis (Arau/Kangar) dan Roshaniter Md Nusi untuk Perak (Taiping/Kamunting).
Menurutnya, pada majlis itu juga Dr Abdul Radzak turut menyampaikan Surat Keahlian PBKKTM, iaitu ahli ke 1,000 kepada Rosli Kassim yang merupakan bekas Eksekutif HRM (Pengurusan Sumber Manusia) Butterworth bersama sebuah hamper dari persatuan sebagai simbolik ucapan tahniah.

Roshaniter Md Nusi menerima plak Penghargaan Terbaik daripada Dr Abdul Radzak sambil diperhatikan oleh Abdul Rahim (kiri) dan Dr Sukarno (kanan).
Tambahnya, sempena
majlis itu juga berkesempatan digunakan PBKKTM untuk menyerahkan 20 kampit
beras dan 10 bungkus pakaian kepada Mudir Pusat Tahfiz Amirul Husna, Seberang
Perak di Alor Setar, Ustaz Zaki Abd Rashid dan juga kepada wakil persatuan
berkenaan dari Perlis, Marzuki Saad.
“Majlis penuh meriah dalam suasana harmoni ini adalah satu usaha program serta aktiviti tahunan yang sangat berjaya untuk mewujudkan jalinan kasih sayang ukhuwah serta perpaduan sesama ahli iaitu pesara KTM/KTM Berhad yang dekat dan jauh,” ujarnya.

Ahli PBKKTM menikmati juadah Aidilfitri sambil berbual mesra dengan peneraju utama persatuan.
Sementara itu, pada perkembangan menyambut kedatangan Aidilfitri lalu, pengurusan PBKKTM mengagihkan sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi meringankan bebanan ahli kategori B40, asnaf, keuzuran, derita menghidap penyakit kronik, keluarga ibu tunggal asnaf, masyarakat setempat serta anak tahfiz asnaf seluruh negara menyambut hari raya.
Abdul Rahim berkata, pada 2026, YKN mengiktiraf PBKKTM untuk mendapatkan bantuan sumbangan hampir empat ratus bakul makanan bagi agihan enam negeri dan tujuh daerah termasuk dua di Kelantan iaitu Tumpat serta Kuala Krai.

Bendahari PBKKTM, Mat Isa melakukan simbolik penyerahan sumbangan kepada Ustaz Zaki.
Tambahnya, persatuan juga berkesempatan menziarah dan menyantuni ahli lama yang uzur untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan hasil infak daripada ahli serta individu prihatin serta dermawan yang selalu bersama PBKKTM membantu mereka kurang bernasib baik.
“Kesempatan pada Ramadan (2026) lalu juga hasil sumbangan derma, infak, zakat dan sebagainya persatuan dapat juga mengadakan program tahlil arwah untuk ahli keluarga yang sudah meninggal dunia diadakan di surau atau madrasah, di kelas pengajian al-Quran kawasan terbabit dan rumah anak yatim terpilih sebagai menjalinkan ikatan ukhuwah PBKKTM,” ujarnya. - KitaReporters

Dr Abdul Radzak (duduk, tengah) merakamkan kenangan bersama-sama ahli PBKKTM Wilayah Utara Kedah/Perlis/Perak.
