Album kenangan bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dua pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Muhammad Zawawi Dun dan Nuradilah Azdi masing-masing diumumkan sebagai pemenang sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis pada 7 Mac 2024.

Pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam, Muhammad Zawawi diumumkan sebagai Johan Hafazan kategori 1-30 juzuk bagi kategori Qari manakala pelajar dari Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam (FMKI), Nuradilah pula diumumkan sebagai pemenang ketiga kategori tilawah bagi Qariah.

Kedua-dua pemenang ini menerima hadiah masing-masing daripada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Muhammad Zawawi Dun dinobatkan sebagai Johan Hafazan kategori 1-30 juzuk bagi kategori qari.


Nuradilah Azdi pula diumumkan pemenang ketiga kategori tilawah bagi kategori qariah. 


Sementara itu Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle yang mengulas mengenai kejayaan pelajarnya berharap kemenangan ini akan menjadi inspirasi kepada semua pelajar di KUIPs untuk melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Saya yakin dengan kejayaan yang dicapai oleh kedua-dua pelajar ini pastinya akan menyuntik semangat pelajar kampus ini agar berusaha dan mencapai kejayaan disemua peringkat,” sambung beliau lagi.

Menurut Dr Muhamad Rozaimi sesungguhnya penyertaan mereka ini juga adalah apa yang diajar oleh Nabi SAW iaitu “Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)" – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Dalam pada itu Muhammad Zawawi yang berasal dari Kampung Bunga Simpang, Perlis berazam untuk berusaha untuk mencapai kejayaan pada peringkat kebangsaan pula pada 23 Mei 2024 nanti. - KitaReporters/KUIPs


Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle bergambar dengan kedua-dua pelajar beliau.

17
12
0
9
0

Copy Link: