Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkunjung ke perkampungan warna-warni sebelum ke KUIPs.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada 1 Mac 2024 lalu sempena Majlis Serahan Sumbangan Asnaf kepada 35 pelajar KUIPs oleh Bank Muamalat Malaysia.

Keberangkatan baginda disambut oleh Timbalan Rektor Akademik Prof Madya Dr Abdul Basir Awang bersama Mufti Perlis Prof Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor serta Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni Dr Mohd Aizul Yaakob.

Baginda turut berkenan untuk berkonvoi dengan motosikal dan bergambar bersama tetamu di hadapan KUIPs. - KitaReporters/KUIPs 


 


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Pengurusan KUIPs.

10
13
0
12
0

Copy Link: