PERPUSTAKAAN Tuanku Bainun ( PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Perpustakaan untuk memberi peluang mengenali fungsi perpustakaan sebagai tempat galakan membudayakan ilmu, pembacaan dan pembelajaran, selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 Februari 2024 lalu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam ucapannya ketika  menyempurnakan majlis perasmian program itu  memetik kata-kata daripada Buya Hamka bahawa “orang yang berakal, hidupnya untuk masyarakat.”  


Dr Md Amin Md Taff berucap pada majlis perasmian Hari Terbuka PTB dan turut melancarkan buku bertajuk “Dari Dussek ke Perpustakaan Tuanku Bainun” 


Justeru, Hari Terbuka PTB  itu adalah satu inisiatif yang amat baik supaya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja untuk warga UPSI tetapi juga boleh diguna pakai bersama masyarakat setempat. 

Pada majlis yang sama, Dr Md Amin turut melancarkan buku bertajuk “Dari Dussek ke Perpustakaan Tuanku Bainun” yang dihasilkan oleh pustakawan-pustakawan PTB.

Kehadiran lebih kurang 3,000 pengunjung selama tiga hari berturut-turut membuktikan perpustakaan penting dalam menjadikan daerah Muallim sebagai bumi ilmu.  


Noriha Muhammad turut menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Hari Terbuka PTB.


Sementara itu,  Ketua Pustakawan PTB,  Noriha Muhammad, berkata pelbagai aktiviti diadakan sempena hari terbuka berkenaan antaranya termasuklah bengkel Copywriting, Storytelling & Storyselling, Let’s Talk@UPSI bersama Masitah Affandy atau lebih dikenali sebagai Puan Mashy, demo memasak bersama Shafiq Cute dan yang paling menerujakan adalah aktiviti bermalam di perpustakaan yang julung kali diadakan pada peringkat perpustakaan akademik. - KitaReporters


Dr Md Amin (duduk tengah) merakam kenangan bersama wakil sekolah dan agensi kerajaan di daerah Muallim. 

24
10
0
17
0

Copy Link: