Siswi KUIPs menerima sumbangan daripada Zaharuddin Alias. 


Seramai 35 pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima sumbangan sebanyak RM200 seorang daripada Bank Muamalat Malaysia.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat, Zaharuddin Alias di Auditorium kolej universiti ini.


Siswa KUIPs menerima sumbangan daripada Zaharuddin Alias.


Terdahulu Timbalan Rektor Akademik Prof Madya Dr Abdul Basir Awang yang mewakili Rektor KUIPs dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada pihak Bank Muamalat kerana memilih pelajar kolej universiti ini untuk menyampaikan sumbangan dalam program kunjungan mahabbah. 

“Lebih mengembirakan kerana majlis itu turut diserikan dengan konvoi motosikal yang diketuai sendiri Raja Muda Perlis selaku Canselor KUIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,” ujar beliau lagi.


Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail disambut oleh Mufti Perlis Prof Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor serta Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni Dr Mohd Aizul Yaakob.

Tuanku bergambar bersama konvoi motosikal dan delegasi Bank Muamalat. 


Keberangkatan baginda disambut oleh Mufti Perlis Prof Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor serta Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni Dr Mohd Aizul Yaakob. 

Moga sumbangan ini dapat membantu pelajar-pelajar di KUIPs terutama ketika menjelang Ramadan ini. - KitaReporters/KUIPs


Delegasi Bank Muamalat Malaysia, KUIPs dan pelajar-pelajar yang menerima sumbangan bergambar kenangan selepas majlis penyerahan itu.

11
14
0
12
0

Copy Link: